Wednesday 6 July 2011

Gempa dan tsunami yang melanda Japan beberapa bulan yang lepas adalah satu yang takkan dilupakan Dunia. Dalam sekelip mata, Tuhan sekelian alam menghancurkan binaan2 manusia. As Muslim, kita seharusnya mengambil pengajaran dan peringatan.

Burger Malaya nak berkongsi gambar2 Japan selepas tsunami tersebut dan gambar2 Japan selepas kerja2 pembersihan dilakukan (3 bulan lebih selepas tsunami).

Burger Malaya respek dengan rakyat Japan. Kalau kita, sampah sarap belakang rumah pun berat sangat tulang nak membersihkan. But, rakyat Japan dah bersihkan sampah2 yang tsunami bawa ke jalan2 dan kawasan kediaman diorang. Jom bandingkan!!

Gambar 1: Jalan dah dibersihkan. Tinggal kapal tu jek yang still tersadai mungkin nak jadikan tempat peringatan kot.


 Gambar 2: Diorang pakai tunda ke nak kutip sampah - sarap dan kayu - kayan tu?


 Gambar 3: First U see mess! Then U see Bersih 2.0!

 Gambar 4: Camnelah lu orang kemaskan rumah2 tu wei...


Gambar 5: Respek dengan gambar nih! Jalan raya dah bersih siyot..Tiang letrik berselirat pun dah ok..


 Gambar 6: Respek lagi!!!


Gambar 7: Dah bleh shopping!!!

Tuesday 28 June 2011

Kenapa Anak Muda Ke Arah Pembangkang?

Kenapa anak2 muda baya aku ni, lebih terarah kepada pembangkang? Adakah sebab lumrah darah muda ni, suka sangat dengan perkara2 bangkang membangkang nih? Atau terlampau banyak sangat kah kesilapan2 kerajaan Malaysia yang ada sekarang nih sampai mereka perlu digulingkan dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa bermandi darah dan menyokong kafir yang terang lagi bersuluh cuba merperkotak katikkan "Kemelayuan kita"? 

Zalim sangat kah pemerintahan sekarang? Yes, I know ada lagi rakyat Malaysia nih mengutip sampah sarap untuk diconvert menjadikan duit seterusnya mengconvert duit untuk menjadi nasi untuk diri dia dan mungkin anak2 dia. Salah kerajaan kah semua tu berlaku? Tapi, bagi aku, si pengutip sampah sarap lebih mulia dari si penerima degree yang malas dan terlampau memilih kerja hingga sanggup menyusahkan mak bapak dengan melepak di rumah saje. Pastu aku yakin lama kelamaan, spesies2 ni lah yang akan menjadi pembangkang2 yang menyalahkan kerajaan kononnye kerajaan zalim xbagi dia kerja yang biliknya berairconditioning, tugasnya hanya mengarah dan menyuruh. Pendek kata, cukup bulan dia beratur kat mesin ATM keluarkan duit riban2.

Seterusnya, aku terfikir..macam mana nak bagi kaum2 muda ni sedar, option pemimpin BN yang kita ada sekarang lebih baik dari option yang diberi oleh pembangkang. Yes, I understand, corruption memang berlaku dalam kerajaan yang sedia ada. But, adakah disebabkan sekor kerbau gemuk yang bawak lumpur ni, kita nak salahkan kerbau2 yang terpalit sikit lumpur2 tu kt badan diorang? CORRUPTION ADALAH MASALAH INDIVIDU YANG XPERNAH MERASA CUKUP DENGAN APA YANG DIA ADA.

So, pendapat aku, kerajaan sedia ada sangat2 perlu berperang dengan pemakan rasuah dan pemberi rasuah dalam parti diorang. Percayalah, kalau masalah rasuah nih dapat diselesaikan secara total, mungkin mata kaum2 muda akan beralih ke arah kamu semua. Yes, aku penyokong UMNO/BN kerana aku tau aku tiada pilihan yang lebih baik. My other choices yang ada untuk dijadikan pemimpin much2 worse than yang ada di dalam BN.

Burger Malaya